Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Monday, December 13, 2010

Sajak Puitis

Assalamualaikum kesayangan semua..

Terutama sekali buat C.Nor yang selalu datang menjenguk, tapi tiada entri terkini,huhu.. Sila maafkan diri ini yea, wahai C.Nor ku sayang,hehe..

Sebenar hari ini saya nak kongsi sebuah sajak puitis hasil karya Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang. Bagaimana saya dapat sajak ini, ada ceritanya. Jadi, baca cerita ni dulu sebelum kita hayati bait-bait sajak Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang. Ok..

Ceritanya.. Saya baru lepas habis presentation subjek teknopen. Keluar dari bilik kuliah untuk melepaskan hajat,hehe.. Selesai melepaskan hajat, saya kembali ke bilik kuliah. Dalam perjalanan balik itu, saya terbaca puisi ini di dinding di luar bilik seorang pensyarah. Baca punya baca, ada betul jugak kata-katanya.. Jadi saya kongsikan puisi itu bersama kesayangan semua disini.. Sory, penceritaan saya tak best je,huhu.. Takpelah, kita layan puisi Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang, dan hayatinya betul-betul..

MELAYU itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

MELAYU itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya MELAYU itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Bait-bait puitis sajak:
Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang

p/s:maaf, saya tidak tahu tajuknya.. Rugi sekali saya tidak tahu tajuknya, siapa yang tahu sila kongsi yea.. (^_^)y

Monday, December 6, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432

Assalamualaikum kesayangan semua..

SALAM MAAL HIJRAH 1432 buat semua. Harap-harap semua kesayangan ada baca doa akhir tahun dan juga doa awal tahun tadi. Alhamdulillah, AiNiey dapat. Semoga tahun baru ini membawa kita semua ke arah kebaikan dan sentiasa di bawah rahmat-NYA..

p/s: entri pendek sempena MAAL HIJRAH
(latest news: tengah siapkan slaid untuk micro teaching.. wish me luck, all the best to all (^_^)y

Saturday, December 4, 2010

Sesal Dahulu Pendapatan Sesal Kemudian Tidak Berguna

Assalamualaikum semua..

Benarlah kata petah, oopss..(hehe) benarlah kata pepatah, 'Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna'..

nak story skit nie, tadi ada pegi MAHA.. (2nd time, maklum la.. dekat jek,hehe).. ada la beli barang kat agroMAS. beli kerepek ubi kayu, da try yg tester, sedap gak. so, beli la.. sekali di offer beli 4 dpt 1 free.. hmm, murah jugak. tapi, nape la aku just amik je terus,huhu.. semua perisa ada, 5 jenis. perisa asli, kari, bbq, black pepper n pedas. padahal da rasa yang tester, black pepper sedap, tapi main hentam kromo jek amik dalam paper bag tuh.. adoyai, ape la nasib..

satu lagi, baju t-shirt.. agak murah la, but nice.. mase beli try la..
1. baju labuh paras punggung -------- pass
2. berlengan panjang ----------------  pass
so, beli lah.. sekali..........




balik bilik try pakai, alamak.. sendat cam sarung nangka la pulak (iskk..iskk.. (~_~)".. await la cheq tak try betul2 tadi,huhu..
PERINGATAN: sile ukur baju d badan sendiri sms sopim baju, walhal g sopim sndiri tuh.. bukannye tempah online,huhu..

P/S: maaf entry tidak bergambar.. camera yang abang bagi saya pegang rosak,huhu..

Friday, December 3, 2010

WAO AI NI dapat award

blog picisan camni ni pn dapat award gak ke?huhu.. ape2 pn thanks buat WC coz sudi bg award ni kt wao ai ni.. so, inilah dia award yg WC bagi,hehe..


dapat bukan sebarang dapat, ade soklan yang kena d jawab,hehe..

baiklah, kita mula kan 10 saat dari sekarang,hehe.. bajet pantas je jawab soklan..

1. Berikan satu nickname untuk pemberi award
      KakKopi,hehe.. jgn marah yek WC, ni gara2 kamu kan penggemar kopi,hehe..

2. Ucapan untuk pemberi award ini
     Terima Kasih..
     kerana jadi insan kesayangan (follower) @ WAO AI NI, dan selalu jugak komen pada entry2 AiNiey.
     Thanks jugak coz sudi berkawan dengan AiNiey, & last but not least coz sudi bagi award ni kt
     WAO AI NI

3. Berikan nama 6 artis yang di minati
    Amy Mastura, Wardina Safiyyah, Maher Zain, Anuar Zain, Yuna, Ana Raffali

4. Beri award ini kepada 10 kawan blog @ follower
    Hmm.. cam WC gak la, saya x tau nk bagi kt sape.. So, sape yg nak buat, sila amik award ni yea.. di
    alu2kan,hehe..

okesssssss.. da setel (^_^) y
 

Thursday, December 2, 2010

Subhanallah

Assalamualaikum kesayangan saya semua....

Cuba lihat pd titik pd kalimah ALLAH (di bawah) selama 10 saat dan alihkan pandangan pd dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...subhanallah.. rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..




saya jumpe ni pada note mukabuku Zahratul (http://www.facebook.com/zahratul.mokhtar), beliau pn memanjangkan note ni. tak di nyatakan pula dari mana asalnya..

Jadi, saya cuba la. ikut arahan yang di beri. SUBHANALLAH kawan2.. cube yek klu nak alami perasaan yang saya alami..

p/s: share la, ape korang rasa (^_^) y

Sunday, November 21, 2010

Segan Dengan Insan Kesayangan Saya

Salam..
Baru dapat online selepas cuti raya seminggu, sempat lagi g cameron highland, hehe.. Nanti ada masa saya ceritakan di entri seterusnya..

"Segan Dengan Insan Kesayangan Saya".. Insan Kesayangan yang di maksudkan ialah follower saya. Terima kasih pada kalian semua, kesayangan saya. TERIMA KASIH kerana sudi follow blog saya yang x seberapa ini. Segannya saya, kalian semua dah update blog masing2, saya??huhu..

ps: Masih lagi berjinak-jinak dalam dunia blogging, harap2 kalian semua sudi membimbing saya..
pss: esok ada ujian, nak sambung study..
psss : da setel semua kerja hakiki saya, akan sambung blogwalking dan balas kunjungan insan kesayangan a.k.a my follower,hehe.. wait 4 me  (^_^) y

Sunday, November 14, 2010

JOM BERKENALAN: Khas Buat Blogger Baru


Salam perkenalan buat semua..
Pertama sekali, terima kasih pada en. BEN kerana masih lagi sudi menganjurkan  membuat segmen sebegini. Rasanya kewujudan kami, blogger2 baru seperti di alu2kan di arena blogging untuk sama2 memeriahkan alam maya ini.. (arap2 faham la ye..)


Blog WAO AI NI ini masih lagi baru, khazanah entri yang ade pun x seberapa lagi.. klu da x seberape, boleh di panggil khazanah ke??hikhik..

Anyways, SALAM PERKENALAN buat semua..
klik sini untuk tau lebih lanjut ye..