Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH
Showing posts with label general. Show all posts
Showing posts with label general. Show all posts

Sunday, January 29, 2012

Sorry Story again..

SALAM 1 Malaysia buat semua,hehe..

Tajuk entry sama macam tahun lepas, malunya.. Kali ni tak nak bagi alasan dah.. Kalau boleh, kali ni insyaAllah akan lebih aktif sedikit.. Kita tengok jadi ke tidak,huhu.. Harapnya korang semua doakan saya yea??

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.. Tahun ini, saya dah dapat kerja tetap dalam sektor perkhidmatan awam. Mudah-mudahan segala urusan di permudahkan..Hmmm, ape lagi yea..

Sekian saya perkongsian buat kali ini, moga jumpa lagi.. SAYONARA..

Monday, December 13, 2010

Sajak Puitis

Assalamualaikum kesayangan semua..

Terutama sekali buat C.Nor yang selalu datang menjenguk, tapi tiada entri terkini,huhu.. Sila maafkan diri ini yea, wahai C.Nor ku sayang,hehe..

Sebenar hari ini saya nak kongsi sebuah sajak puitis hasil karya Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang. Bagaimana saya dapat sajak ini, ada ceritanya. Jadi, baca cerita ni dulu sebelum kita hayati bait-bait sajak Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang. Ok..

Ceritanya.. Saya baru lepas habis presentation subjek teknopen. Keluar dari bilik kuliah untuk melepaskan hajat,hehe.. Selesai melepaskan hajat, saya kembali ke bilik kuliah. Dalam perjalanan balik itu, saya terbaca puisi ini di dinding di luar bilik seorang pensyarah. Baca punya baca, ada betul jugak kata-katanya.. Jadi saya kongsikan puisi itu bersama kesayangan semua disini.. Sory, penceritaan saya tak best je,huhu.. Takpelah, kita layan puisi Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang, dan hayatinya betul-betul..

MELAYU itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

MELAYU itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya MELAYU itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Bait-bait puitis sajak:
Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang

p/s:maaf, saya tidak tahu tajuknya.. Rugi sekali saya tidak tahu tajuknya, siapa yang tahu sila kongsi yea.. (^_^)y

Thursday, May 20, 2010

PERUTUSAN RATU SEHARI?!

Amacam, okey tak tajuk entry kali nie?? Selalu kita tengok pada kad jemputan, biasanya di tulis 'PERUTUSAN RAJA SEHARI' kan?? betul tak saya cakap?? Contohnya macam kad jemputan yang saya terima kat bawah ni.. Tapi yang ni, takde kaitan pun dengan 'PERUTUSAN RAJA SEHARI' ataupun pengumuman bahawa saya akan berkahwin pada dot..dot.. (Yup, saya mahu kawen, sape yang tak nak. Kan? kan?..hehe,gatal..) Tapi belum, belum sampai masanya lagi.. Oleh kerana lambat lagi saya akan berkahwin, maka jadilah saya sebagai RATU SEHARI terlebih dahulu pada kali ini sebelum menjadi RAJA SEHARI pada lain masa.. Tujuannya adalah untuk meluahkan isi hati ke-OVER-an (over ke??Biasalah, orang mahu kawen, sape tak eksited..kan??) seorang kenalan yang bakal berkahwin pada bulan JUN nanti, tapi bukan SUE yang di bawah yer.. YE, beliau yang di maksudkan itu agak excited.. tapi saya sedikit terkilan & terasa (haha, tak pepasal je aku nie)..


Persoalannya di sini, KENAPA??

Adakah saya jelous/ cemburu/ iri hati/ dengki?

Adakah saya tidak gembira dengan berita gembira bahawa beliau akan menamatkan zaman bujangnya?

Adakah begitu, adakah begini, adakah itu, adakah ini.. bermacam-macam lagi alasan?..bla..bla..bla..

OH TIDAK sama sekali, saya sangat gembira dan bersyukur kerana beliau akan membina masjid dan meneruskan legasi teman seperjuangan yang akan melayari bahtera alam perkahwinan.. (haha, ayat tak bley blah kan ;) ALHAMDULILLAH, seru beliau sudah sampai.. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya.


Sebenarnya saya hanya ingin berkongsi pandangan/luahan tentang isi kandungan pada undangan/jemputan beliau sebagaimana seperti kalian boleh lihat di bawah ini. Yup, beliau mengaplikasikan teknologi untuk menjemput kenalannya.. Rasanya tak perlulah saya bagitau aplikasi apa, semua orang tahu tentang laman sosial tersebut. Betul tK?? Sebagaimana undangan di bawah:


Semuanya okey, tiada masalah.. Lebih2 lagi yang saya right-kan tue, rancang perbelanjaan dan perjalanan.. Yang sebut2 tentang hadiah tue, x sesuai saya rasa. Perlu kah kita mention pada tetamu yang x dapat hadir supaya poskan hadiah?? Yang besarrrr punyee sebagai pengganti diri, bak kata beliau la, bukan saya yang kate,hehe.. Mungkin beliau bergurau je sebenarnya, sebab ada <hahahahaha> kat situ sebagaimana di atas.. Tapi saya nak bagi juga la, saya punya pandangan. Rasanya tak perlulah nak mention pasal gift ni. Gift ni sebenarnya terpulang la pada tetamu, samaada diorang nak bawa atau tak. Dan ingatlah tujuan sebenarnya sesebuah walimah itu diadakan, iaitu untuk menghebahkan kepada kenalan akan status baru anda sebagai suami isteri bagi mengelakkan fitnah daripada berlaku (Betulkan saya kalau silap). Selain itu juga, kita ingin meraikan majlis kita bersama sahabat handai, rakan taulan dan saudara-mara bagi memeriahkan majlis tersebut.

Ini hanyalah pandangan/luahan saya, tuan punya body jangan la terasa nyer..huhu.. Maaf di pinta kalau terasa, dan jangan di simpan di dalam hati. Apepun, "SELAMAT PENGANTIN BARU" buat sue&shay, dan semua teman dan kenalan yang bakal melangsungkan majlisnya pada cuti sekolah nanti ye.. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..

Sekian sahaja perkongsian kali ini, semoga berjumpa lagi di lain waktu.