Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Wednesday, December 15, 2010

Jom Berpacaran..oopsss

Assalamualaikum..

Amacam tajuk, tak boleh blah kan,hehe.. Jom Berpacaran dengan Ben Ashaari, oopss.. Sila jangan buat skandal di sini yea.. Jom kita berkenalan kembali..hehe

Sebenarnya saya nak join segmen yang di anjurkan oleh BA, 'I nak kawen dgn u yer'.. oopss, skandal lagi di sini. Maaf yea, sang isteri.. (^_^)y

Yang sebenar-benarnya ialah segmen 'I follow u yer..'

Terus ke pangkal persoalan yang haru di jawab untuk segmen ini ialah:

  1. Bila mula buat blog?
27 April 2010 - that my besday..
  1. Jumlah follower sekarang ini..
Alhamdulillah, adalah dalam 21 orang. Berkat segmen BA yang dulu
  1. Brape trafik harian
hari ni 11 je
  1. Sehari brape entri?
hari ni 2,hehe.. satu pencapaian yang baik
  1. Berikan satu blog yang best korang suka baca ..
blog HNSZLKH
 
p/s: hopefully boleh lepas & tersenarai dalam list BA

Kisah Katak

Assalamualaikum semua..

Saya pasti, mungkin ada di kalangan kalian yang pernah mendengar kisah ini. Saya pun pernah, dalam sebuah program motivasi. Tapi sudah lupa bila, di mana, dan siapa penyampainya,huhu.. (muda2 dah jadi pelupa). Baiklah kita enjoy dulu, layan..

KISAH KATAK

Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil, yang berlumba-lumba Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta... Perlumbaan pun dimulakan.

Secara jujur, tak satupun penonton benar2 percaya bahawa katak2 kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara.

Terdengar ada yang berkata:

"Oh, jalannya terlalu susahhhhh!! Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak."

ada juga yang berkata:

"Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!"

Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu...

... Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..

Penonton terus bersorak

"Terlalu susah!!! Tak seorangpun yang akan berjaya!!!" Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah...

Tapi ada SATU yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi... Dia tak mahu menyerah kalah!

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang berjaya sampai ke puncak! SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya? Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan?
Ternyata...

Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!  (nampak lawak tapi serius..tetibe je..)



Moral of the story:

Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis... karena mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.

Selalulah fikirkan kata2 bertuah yang ada. Karena segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu!
Kerana itu:
Selalulah tetap berfikiran POSITIVE! Dan yang terpenting: Buat-buat PEKAK jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu!
Selalulah berfikir:

I can do this!

AiNiey, sila mulakan dari sekarang.. I can do this!, saya boleh buat.. InsyaAllah


p/s: credit to SDKD aka eddie, saya cilok dari page beliau untuk di simpan di 'wao ai ni',hehe.. (^_^)y

Monday, December 13, 2010

Sajak Puitis

Assalamualaikum kesayangan semua..

Terutama sekali buat C.Nor yang selalu datang menjenguk, tapi tiada entri terkini,huhu.. Sila maafkan diri ini yea, wahai C.Nor ku sayang,hehe..

Sebenar hari ini saya nak kongsi sebuah sajak puitis hasil karya Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang. Bagaimana saya dapat sajak ini, ada ceritanya. Jadi, baca cerita ni dulu sebelum kita hayati bait-bait sajak Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang. Ok..

Ceritanya.. Saya baru lepas habis presentation subjek teknopen. Keluar dari bilik kuliah untuk melepaskan hajat,hehe.. Selesai melepaskan hajat, saya kembali ke bilik kuliah. Dalam perjalanan balik itu, saya terbaca puisi ini di dinding di luar bilik seorang pensyarah. Baca punya baca, ada betul jugak kata-katanya.. Jadi saya kongsikan puisi itu bersama kesayangan semua disini.. Sory, penceritaan saya tak best je,huhu.. Takpelah, kita layan puisi Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang, dan hayatinya betul-betul..

MELAYU itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

MELAYU itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya MELAYU itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Bait-bait puitis sajak:
Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang

p/s:maaf, saya tidak tahu tajuknya.. Rugi sekali saya tidak tahu tajuknya, siapa yang tahu sila kongsi yea.. (^_^)y

Monday, December 6, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432

Assalamualaikum kesayangan semua..

SALAM MAAL HIJRAH 1432 buat semua. Harap-harap semua kesayangan ada baca doa akhir tahun dan juga doa awal tahun tadi. Alhamdulillah, AiNiey dapat. Semoga tahun baru ini membawa kita semua ke arah kebaikan dan sentiasa di bawah rahmat-NYA..

p/s: entri pendek sempena MAAL HIJRAH
(latest news: tengah siapkan slaid untuk micro teaching.. wish me luck, all the best to all (^_^)y

Saturday, December 4, 2010

Sesal Dahulu Pendapatan Sesal Kemudian Tidak Berguna

Assalamualaikum semua..

Benarlah kata petah, oopss..(hehe) benarlah kata pepatah, 'Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna'..

nak story skit nie, tadi ada pegi MAHA.. (2nd time, maklum la.. dekat jek,hehe).. ada la beli barang kat agroMAS. beli kerepek ubi kayu, da try yg tester, sedap gak. so, beli la.. sekali di offer beli 4 dpt 1 free.. hmm, murah jugak. tapi, nape la aku just amik je terus,huhu.. semua perisa ada, 5 jenis. perisa asli, kari, bbq, black pepper n pedas. padahal da rasa yang tester, black pepper sedap, tapi main hentam kromo jek amik dalam paper bag tuh.. adoyai, ape la nasib..

satu lagi, baju t-shirt.. agak murah la, but nice.. mase beli try la..
1. baju labuh paras punggung -------- pass
2. berlengan panjang ----------------  pass
so, beli lah.. sekali..........




balik bilik try pakai, alamak.. sendat cam sarung nangka la pulak (iskk..iskk.. (~_~)".. await la cheq tak try betul2 tadi,huhu..
PERINGATAN: sile ukur baju d badan sendiri sms sopim baju, walhal g sopim sndiri tuh.. bukannye tempah online,huhu..

P/S: maaf entry tidak bergambar.. camera yang abang bagi saya pegang rosak,huhu..

Friday, December 3, 2010

WAO AI NI dapat award

blog picisan camni ni pn dapat award gak ke?huhu.. ape2 pn thanks buat WC coz sudi bg award ni kt wao ai ni.. so, inilah dia award yg WC bagi,hehe..


dapat bukan sebarang dapat, ade soklan yang kena d jawab,hehe..

baiklah, kita mula kan 10 saat dari sekarang,hehe.. bajet pantas je jawab soklan..

1. Berikan satu nickname untuk pemberi award
      KakKopi,hehe.. jgn marah yek WC, ni gara2 kamu kan penggemar kopi,hehe..

2. Ucapan untuk pemberi award ini
     Terima Kasih..
     kerana jadi insan kesayangan (follower) @ WAO AI NI, dan selalu jugak komen pada entry2 AiNiey.
     Thanks jugak coz sudi berkawan dengan AiNiey, & last but not least coz sudi bagi award ni kt
     WAO AI NI

3. Berikan nama 6 artis yang di minati
    Amy Mastura, Wardina Safiyyah, Maher Zain, Anuar Zain, Yuna, Ana Raffali

4. Beri award ini kepada 10 kawan blog @ follower
    Hmm.. cam WC gak la, saya x tau nk bagi kt sape.. So, sape yg nak buat, sila amik award ni yea.. di
    alu2kan,hehe..

okesssssss.. da setel (^_^) y
 

Thursday, December 2, 2010

Subhanallah

Assalamualaikum kesayangan saya semua....

Cuba lihat pd titik pd kalimah ALLAH (di bawah) selama 10 saat dan alihkan pandangan pd dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...subhanallah.. rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..




saya jumpe ni pada note mukabuku Zahratul (http://www.facebook.com/zahratul.mokhtar), beliau pn memanjangkan note ni. tak di nyatakan pula dari mana asalnya..

Jadi, saya cuba la. ikut arahan yang di beri. SUBHANALLAH kawan2.. cube yek klu nak alami perasaan yang saya alami..

p/s: share la, ape korang rasa (^_^) y