Sunday, June 17, 2012

Tanaman Syurga

Sekadar perkongsian ilmu mengenai peristiwa ISRAK dan MIKRAJ yang di baca, dan boleh kita amalkan ialah menanam tanaman syurga, iaitu:

 'LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH'

Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda: 
“Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah," iaitu:

SUBHANALLAH,
WAL-HAMDULILLAH,
WA LAA ILAHA ILLALLAH,
ALLAHU AKBAR,
dan WA LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM..

(Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok di dalam syurga)

 
~ SELAMAT BERAMAL~

Saturday, February 4, 2012

Mari Mengenal Rasul kita

Tingginya sedang-sedang sahaja,tidak gemuk, tidak pula kurus. Bahunya lebar, dadanya bidang, ototnya keras dan kepalanya sedikit besar. Rambutnya hitam gelap, sedikit ikal terurai sampai ke bahunya, dan selalu tersisir rapi. Dalam usianya yang lanjut, hanya terdapat sekitar 20 helai ubannya. Mukanya bulat, menarik bak purnama. Mata hitamnya cemerlang dan bersinar, serta putih matanya teramat jernih. Bulu matanya hitam, panjang dan tebal sehingga terlihat bagai memakai celak. Hidungnya mancung, giginya tersusun rapi dan diurusnya tidak kurang dari 10 kali sehari dengan bersugi. Kulitnya bersih dan lembut. Warnanya campuran putih kemerah-merahan.
 
Jika menoleh, beliau menoleh dengan seluruh badannya dan jika menunjuk, beliau menunjuk dengan seluruh jarinya. Beliau tidak makan kecuali lapar, dan tidak makan sampai kenyang. Madu dan susu adalah makanan mewahnya yang jarang didapati. Beliau amat menyukai wangian sehingga tanpa melihat beliau pun, seseorang dapat menyatakan beliau hadir ditempat itu kerana harum tubuhnya. Hartanya yang paling berharga adalah sepasang alas kaki berwarna kuning hadiah raja Negus dari Abesinia.
 
Ini lah dia junjungan besar 'NABI MUHAMMAD s.a.w'.. bersama-samalah kita berselawat keatas junjungan nabi kita..
 
"SALAM MAULIDUR RASUL"
 
sumber: internet yang dipetik dari buku 'Secerah Cahaya Ilahi: Hidup bersama Al-Quran oleh Dr. Quraish Shihab'
 

Sunday, January 29, 2012

Sorry Story again..

SALAM 1 Malaysia buat semua,hehe..

Tajuk entry sama macam tahun lepas, malunya.. Kali ni tak nak bagi alasan dah.. Kalau boleh, kali ni insyaAllah akan lebih aktif sedikit.. Kita tengok jadi ke tidak,huhu.. Harapnya korang semua doakan saya yea??

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.. Tahun ini, saya dah dapat kerja tetap dalam sektor perkhidmatan awam. Mudah-mudahan segala urusan di permudahkan..Hmmm, ape lagi yea..

Sekian saya perkongsian buat kali ini, moga jumpa lagi.. SAYONARA..

Saturday, January 8, 2011

Sorry Story..

SALAM buat semua..

Salam kemaafan dari saya.. Maaf kerana tiada ucapan tahun baru, apapun masih belum terlambat untuk buat ucapan. Boleh kan?? Jadi, 'SELAMAT TAHUN BARU 2011' dari saya..

Dibawah ni senarai alasan kenapa dah lama tak berblog,huhu..

1. Terlalu sibuk dengan tugasan yang banyak, presentation, mikro teaching, kajian tindakan, bla.. bla..
(alhamdulillah, sekarang semuanya dah siap, tinggal 1 je belum.. tunggu isnin nanti nak print then hantar..)

2. 31 Disember 2010 dalam kenangan. Gerak ke melaka sorang2, naik bas.
Tujuan:
Pergi tengok sek yang bakal menjadi dunia saya pada 24hb nanti selama 3 bulan untuk latihan praktikal.
Duk Melaka selam 3 hari 2 malam, di rumah sepupu di Kem Terendak.
Di sini juga, pengalaman pertama saya mencari remis di tepian pantai. Agak jaku sedikit di situ,huhu..
Dekat bawah ni ada gambar kulit remis yang terpilih, lepas makan saya simpan sebagai kenangan. Dalam banyak-banyak, ini yang berkenan di hati. Cantik tak??

Maaf, gambar agak kabur

 
 3. Sekarang, sibuk dengan peperiksaan akhir. Isnin ini hari pertama exam, dan hari last pada rabu. Nasib sem ni paper tak banyak sangat. Doakan saya yea.. (^_^)y

Anyways..

'SELAMAT TAHUN BARU'
2011

Wednesday, December 15, 2010

Jom Berpacaran..oopsss

Assalamualaikum..

Amacam tajuk, tak boleh blah kan,hehe.. Jom Berpacaran dengan Ben Ashaari, oopss.. Sila jangan buat skandal di sini yea.. Jom kita berkenalan kembali..hehe

Sebenarnya saya nak join segmen yang di anjurkan oleh BA, 'I nak kawen dgn u yer'.. oopss, skandal lagi di sini. Maaf yea, sang isteri.. (^_^)y

Yang sebenar-benarnya ialah segmen 'I follow u yer..'

Terus ke pangkal persoalan yang haru di jawab untuk segmen ini ialah:

  1. Bila mula buat blog?
27 April 2010 - that my besday..
  1. Jumlah follower sekarang ini..
Alhamdulillah, adalah dalam 21 orang. Berkat segmen BA yang dulu
  1. Brape trafik harian
hari ni 11 je
  1. Sehari brape entri?
hari ni 2,hehe.. satu pencapaian yang baik
  1. Berikan satu blog yang best korang suka baca ..
blog HNSZLKH
 
p/s: hopefully boleh lepas & tersenarai dalam list BA

Kisah Katak

Assalamualaikum semua..

Saya pasti, mungkin ada di kalangan kalian yang pernah mendengar kisah ini. Saya pun pernah, dalam sebuah program motivasi. Tapi sudah lupa bila, di mana, dan siapa penyampainya,huhu.. (muda2 dah jadi pelupa). Baiklah kita enjoy dulu, layan..

KISAH KATAK

Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil, yang berlumba-lumba Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta... Perlumbaan pun dimulakan.

Secara jujur, tak satupun penonton benar2 percaya bahawa katak2 kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara.

Terdengar ada yang berkata:

"Oh, jalannya terlalu susahhhhh!! Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak."

ada juga yang berkata:

"Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!"

Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu...

... Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..

Penonton terus bersorak

"Terlalu susah!!! Tak seorangpun yang akan berjaya!!!" Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah...

Tapi ada SATU yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi... Dia tak mahu menyerah kalah!

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang berjaya sampai ke puncak! SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya? Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan?
Ternyata...

Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!  (nampak lawak tapi serius..tetibe je..)



Moral of the story:

Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis... karena mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.

Selalulah fikirkan kata2 bertuah yang ada. Karena segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu!
Kerana itu:
Selalulah tetap berfikiran POSITIVE! Dan yang terpenting: Buat-buat PEKAK jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu!
Selalulah berfikir:

I can do this!

AiNiey, sila mulakan dari sekarang.. I can do this!, saya boleh buat.. InsyaAllah


p/s: credit to SDKD aka eddie, saya cilok dari page beliau untuk di simpan di 'wao ai ni',hehe.. (^_^)y

Monday, December 13, 2010

Sajak Puitis

Assalamualaikum kesayangan semua..

Terutama sekali buat C.Nor yang selalu datang menjenguk, tapi tiada entri terkini,huhu.. Sila maafkan diri ini yea, wahai C.Nor ku sayang,hehe..

Sebenar hari ini saya nak kongsi sebuah sajak puitis hasil karya Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang. Bagaimana saya dapat sajak ini, ada ceritanya. Jadi, baca cerita ni dulu sebelum kita hayati bait-bait sajak Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang. Ok..

Ceritanya.. Saya baru lepas habis presentation subjek teknopen. Keluar dari bilik kuliah untuk melepaskan hajat,hehe.. Selesai melepaskan hajat, saya kembali ke bilik kuliah. Dalam perjalanan balik itu, saya terbaca puisi ini di dinding di luar bilik seorang pensyarah. Baca punya baca, ada betul jugak kata-katanya.. Jadi saya kongsikan puisi itu bersama kesayangan semua disini.. Sory, penceritaan saya tak best je,huhu.. Takpelah, kita layan puisi Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang, dan hayatinya betul-betul..

MELAYU itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

MELAYU itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya MELAYU itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Bait-bait puitis sajak:
Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang

p/s:maaf, saya tidak tahu tajuknya.. Rugi sekali saya tidak tahu tajuknya, siapa yang tahu sila kongsi yea.. (^_^)y