Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Saturday, February 4, 2012

Mari Mengenal Rasul kita

Tingginya sedang-sedang sahaja,tidak gemuk, tidak pula kurus. Bahunya lebar, dadanya bidang, ototnya keras dan kepalanya sedikit besar. Rambutnya hitam gelap, sedikit ikal terurai sampai ke bahunya, dan selalu tersisir rapi. Dalam usianya yang lanjut, hanya terdapat sekitar 20 helai ubannya. Mukanya bulat, menarik bak purnama. Mata hitamnya cemerlang dan bersinar, serta putih matanya teramat jernih. Bulu matanya hitam, panjang dan tebal sehingga terlihat bagai memakai celak. Hidungnya mancung, giginya tersusun rapi dan diurusnya tidak kurang dari 10 kali sehari dengan bersugi. Kulitnya bersih dan lembut. Warnanya campuran putih kemerah-merahan.
 
Jika menoleh, beliau menoleh dengan seluruh badannya dan jika menunjuk, beliau menunjuk dengan seluruh jarinya. Beliau tidak makan kecuali lapar, dan tidak makan sampai kenyang. Madu dan susu adalah makanan mewahnya yang jarang didapati. Beliau amat menyukai wangian sehingga tanpa melihat beliau pun, seseorang dapat menyatakan beliau hadir ditempat itu kerana harum tubuhnya. Hartanya yang paling berharga adalah sepasang alas kaki berwarna kuning hadiah raja Negus dari Abesinia.
 
Ini lah dia junjungan besar 'NABI MUHAMMAD s.a.w'.. bersama-samalah kita berselawat keatas junjungan nabi kita..
 
"SALAM MAULIDUR RASUL"
 
sumber: internet yang dipetik dari buku 'Secerah Cahaya Ilahi: Hidup bersama Al-Quran oleh Dr. Quraish Shihab'
 

2 comments:

  1. Salam Maulidur rasul..Lamanya ainey menghilang..ingat akak lagi tak?

    ReplyDelete
  2. salam maulidur rasul jgk.. mestilah ingat, c.nor yg sntiasa menjengok w/pn blog x update,huhu..

    ReplyDelete