Thursday, May 20, 2010

PERUTUSAN RATU SEHARI?!

Amacam, okey tak tajuk entry kali nie?? Selalu kita tengok pada kad jemputan, biasanya di tulis 'PERUTUSAN RAJA SEHARI' kan?? betul tak saya cakap?? Contohnya macam kad jemputan yang saya terima kat bawah ni.. Tapi yang ni, takde kaitan pun dengan 'PERUTUSAN RAJA SEHARI' ataupun pengumuman bahawa saya akan berkahwin pada dot..dot.. (Yup, saya mahu kawen, sape yang tak nak. Kan? kan?..hehe,gatal..) Tapi belum, belum sampai masanya lagi.. Oleh kerana lambat lagi saya akan berkahwin, maka jadilah saya sebagai RATU SEHARI terlebih dahulu pada kali ini sebelum menjadi RAJA SEHARI pada lain masa.. Tujuannya adalah untuk meluahkan isi hati ke-OVER-an (over ke??Biasalah, orang mahu kawen, sape tak eksited..kan??) seorang kenalan yang bakal berkahwin pada bulan JUN nanti, tapi bukan SUE yang di bawah yer.. YE, beliau yang di maksudkan itu agak excited.. tapi saya sedikit terkilan & terasa (haha, tak pepasal je aku nie)..


Persoalannya di sini, KENAPA??

Adakah saya jelous/ cemburu/ iri hati/ dengki?

Adakah saya tidak gembira dengan berita gembira bahawa beliau akan menamatkan zaman bujangnya?

Adakah begitu, adakah begini, adakah itu, adakah ini.. bermacam-macam lagi alasan?..bla..bla..bla..

OH TIDAK sama sekali, saya sangat gembira dan bersyukur kerana beliau akan membina masjid dan meneruskan legasi teman seperjuangan yang akan melayari bahtera alam perkahwinan.. (haha, ayat tak bley blah kan ;) ALHAMDULILLAH, seru beliau sudah sampai.. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya.


Sebenarnya saya hanya ingin berkongsi pandangan/luahan tentang isi kandungan pada undangan/jemputan beliau sebagaimana seperti kalian boleh lihat di bawah ini. Yup, beliau mengaplikasikan teknologi untuk menjemput kenalannya.. Rasanya tak perlulah saya bagitau aplikasi apa, semua orang tahu tentang laman sosial tersebut. Betul tK?? Sebagaimana undangan di bawah:


Semuanya okey, tiada masalah.. Lebih2 lagi yang saya right-kan tue, rancang perbelanjaan dan perjalanan.. Yang sebut2 tentang hadiah tue, x sesuai saya rasa. Perlu kah kita mention pada tetamu yang x dapat hadir supaya poskan hadiah?? Yang besarrrr punyee sebagai pengganti diri, bak kata beliau la, bukan saya yang kate,hehe.. Mungkin beliau bergurau je sebenarnya, sebab ada <hahahahaha> kat situ sebagaimana di atas.. Tapi saya nak bagi juga la, saya punya pandangan. Rasanya tak perlulah nak mention pasal gift ni. Gift ni sebenarnya terpulang la pada tetamu, samaada diorang nak bawa atau tak. Dan ingatlah tujuan sebenarnya sesebuah walimah itu diadakan, iaitu untuk menghebahkan kepada kenalan akan status baru anda sebagai suami isteri bagi mengelakkan fitnah daripada berlaku (Betulkan saya kalau silap). Selain itu juga, kita ingin meraikan majlis kita bersama sahabat handai, rakan taulan dan saudara-mara bagi memeriahkan majlis tersebut.

Ini hanyalah pandangan/luahan saya, tuan punya body jangan la terasa nyer..huhu.. Maaf di pinta kalau terasa, dan jangan di simpan di dalam hati. Apepun, "SELAMAT PENGANTIN BARU" buat sue&shay, dan semua teman dan kenalan yang bakal melangsungkan majlisnya pada cuti sekolah nanti ye.. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..

Sekian sahaja perkongsian kali ini, semoga berjumpa lagi di lain waktu.