Sunday, June 17, 2012

Tanaman Syurga

Sekadar perkongsian ilmu mengenai peristiwa ISRAK dan MIKRAJ yang di baca, dan boleh kita amalkan ialah menanam tanaman syurga, iaitu:

 'LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH'

Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda: 
“Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah," iaitu:

SUBHANALLAH,
WAL-HAMDULILLAH,
WA LAA ILAHA ILLALLAH,
ALLAHU AKBAR,
dan WA LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM..

(Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok di dalam syurga)

 
~ SELAMAT BERAMAL~

Saturday, February 4, 2012

Mari Mengenal Rasul kita

Tingginya sedang-sedang sahaja,tidak gemuk, tidak pula kurus. Bahunya lebar, dadanya bidang, ototnya keras dan kepalanya sedikit besar. Rambutnya hitam gelap, sedikit ikal terurai sampai ke bahunya, dan selalu tersisir rapi. Dalam usianya yang lanjut, hanya terdapat sekitar 20 helai ubannya. Mukanya bulat, menarik bak purnama. Mata hitamnya cemerlang dan bersinar, serta putih matanya teramat jernih. Bulu matanya hitam, panjang dan tebal sehingga terlihat bagai memakai celak. Hidungnya mancung, giginya tersusun rapi dan diurusnya tidak kurang dari 10 kali sehari dengan bersugi. Kulitnya bersih dan lembut. Warnanya campuran putih kemerah-merahan.
 
Jika menoleh, beliau menoleh dengan seluruh badannya dan jika menunjuk, beliau menunjuk dengan seluruh jarinya. Beliau tidak makan kecuali lapar, dan tidak makan sampai kenyang. Madu dan susu adalah makanan mewahnya yang jarang didapati. Beliau amat menyukai wangian sehingga tanpa melihat beliau pun, seseorang dapat menyatakan beliau hadir ditempat itu kerana harum tubuhnya. Hartanya yang paling berharga adalah sepasang alas kaki berwarna kuning hadiah raja Negus dari Abesinia.
 
Ini lah dia junjungan besar 'NABI MUHAMMAD s.a.w'.. bersama-samalah kita berselawat keatas junjungan nabi kita..
 
"SALAM MAULIDUR RASUL"
 
sumber: internet yang dipetik dari buku 'Secerah Cahaya Ilahi: Hidup bersama Al-Quran oleh Dr. Quraish Shihab'
 

Sunday, January 29, 2012

Sorry Story again..

SALAM 1 Malaysia buat semua,hehe..

Tajuk entry sama macam tahun lepas, malunya.. Kali ni tak nak bagi alasan dah.. Kalau boleh, kali ni insyaAllah akan lebih aktif sedikit.. Kita tengok jadi ke tidak,huhu.. Harapnya korang semua doakan saya yea??

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.. Tahun ini, saya dah dapat kerja tetap dalam sektor perkhidmatan awam. Mudah-mudahan segala urusan di permudahkan..Hmmm, ape lagi yea..

Sekian saya perkongsian buat kali ini, moga jumpa lagi.. SAYONARA..