Tuesday, August 24, 2010

SALAM PERKENALAN

Dah 5 entry baru nak kenalkan diri,hehe(maaf ye kawan-kawan).. Nama sebenar saya, biarlah rahsia. Ala-ala jawapan Siti Nurhaliza menafikan percintaannya dengan Datuk K dulu-dulu (hehe..). Dalam dunia blog ini, saya hanya ingin di kenali sebagai Ainiey Bariyyah. Apa yang benar, nama saya pada IC sememangnya terdapat perkataan Aini. Betul, tak tipu ;) (siap angkat tgn ala2 nk baca ikrar lagi nie,hehe..)

Saya berasal dari Kuala Krai, Kelantan. Dilahirkan dapa 27 April 1986.. Yup, saya berbintang TAURUS, ada sape2 yang berkongsi bintang dengan saya?? Hye, kita berbintang sama.. Education?? Hmm.. UPSR dah, PMR dah, SPM dah, MATRIKULASI dah, IJAZAH pn dah.. MASTER je yang belum,huhu.. Sekarang ni duk study lagi, tapi bukan master, tapi kursus DPLI-ERT @ UPM, Serdang. Salam perkenalan orang-orang Serdang..

Ape lagi ek?? Da x tahu nk bagitau ape.. Kalau korang nak tau ape2 lagi tentang saya, bolehlah tanya ye. Insyallah saya akan menjawabnya kalau ianya bukan bersifat peribadi. SALAM, ‘Jaga Diri, Hiasi Peribadi’

No comments:

Post a Comment