Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Sunday, August 15, 2010

ALHAMDULILLAH, SYUKRAN YA ALLAH..

Alhamdulillah, rezeki saya disini.. Sekarang sedang mengikuti kursus DPLI-ERT di UPM, Serdang. Sebelum ini pernah bekerja sebagai QC assistant di sebuah kilang makanan di Balakong, Selangor. Kemudian dapat panggilan temuduga dari SPA, tapi bos tak bagi cuti. So, saya decide untuk resign with 24hours notice. Tapi, rezeki saya bukan di sini. Ada la dapat 2 peluang untuk temuduga sebagai PZM 2 kali, dan sebagai PTM sekali. Tapi, semuanya x dapat.. Exam pegawai Gred 41 pun dapat, siap beli e-book lagi.. Tapi x lulus jugak.. Hampir putus asa nak minta keje dengan SPA.. Last-last minta KPLI & DPLI, dua2 g exam. KPLI x dpt, DPLI dapat.. ALHAMDULILLAH, terima kasih YA ALLAH.. KAU murahkanlah rezeki hamba-MU ini..(amin).

Tentang DPLI, banyak juga rintangan yang ditempuhi,hehe.. Asalnya apply tempat exam di daerah Kuala Krai(KK), last2 dpt kat Gua Musang(GM). So, merantau la ke GM, menumpang kat rumah saudara. Dah lulus exam, dapat pulak panggilan interview(IV) di UiTM Machang. IV pukul 2pm, pagi2 lagi da keluar dari rumah. Maklumlah, dari keluarga yang berpendapatan sederhana je, kat rumah ada motor je.. Setakat nk ke bandar tu, boleh lah.. Ni kalau nak gerak ke mana2 tempat yang agak jauh skit, naik pengangkutan awam je la jawabnya.. Pagi2 da keluar, sampai tmpat IV dekat2 pkl 12t/hari. Cuaca pun x brape nak baik, hujan je hari tu.. Sampai UiTM, berjalan kaki pulak nak masuk ke tempat IV. Agak jauh la jugak..

Betullah cakap Pn. Shahrom (my lecture @ KMPP), “Kalau sudah ditakdirkan rezeki itu milik awak, ia takkan ke mana. Cuma cepat atau lambat sahaja. Senang atau susah untuk mendapatnya”. ALHAMDULILLAH, SYUKRAN YA ALLAH..

p/s: KMPP – Kolej Matrukulasi Pulau Pinang, ade saper2 ex-KMPP?? Salam Perkenalan..
p/ss: Doakan semoga saya berjaya ye..

No comments:

Post a Comment