Saturday, October 2, 2010
LATEST..
OK la,perkmbangan skrg nie tgh nk siapkan projek jahitan, skirt + blouse torso.. mggu dpn da nk anto, smbil2 study, n next week oso da final exam. wish me luck guys..
Tuesday, August 24, 2010
SALAM PERKENALAN
Saya berasal dari Kuala Krai, Kelantan. Dilahirkan dapa 27 April 1986.. Yup, saya berbintang TAURUS, ada sape2 yang berkongsi bintang dengan saya?? Hye, kita berbintang sama.. Education?? Hmm.. UPSR dah, PMR dah, SPM dah, MATRIKULASI dah, IJAZAH pn dah.. MASTER je yang belum,huhu.. Sekarang ni duk study lagi, tapi bukan master, tapi kursus DPLI-ERT @ UPM, Serdang. Salam perkenalan orang-orang Serdang..
Ape lagi ek?? Da x tahu nk bagitau ape.. Kalau korang nak tau ape2 lagi tentang saya, bolehlah tanya ye. Insyallah saya akan menjawabnya kalau ianya bukan bersifat peribadi. SALAM, ‘Jaga Diri, Hiasi Peribadi’
Sunday, August 15, 2010
ALHAMDULILLAH, SYUKRAN YA ALLAH..
Tentang DPLI, banyak juga rintangan yang ditempuhi,hehe.. Asalnya apply tempat exam di daerah Kuala Krai(KK), last2 dpt kat Gua Musang(GM). So, merantau la ke GM, menumpang kat rumah saudara. Dah lulus exam, dapat pulak panggilan interview(IV) di UiTM Machang. IV pukul 2pm, pagi2 lagi da keluar dari rumah. Maklumlah, dari keluarga yang berpendapatan sederhana je, kat rumah ada motor je.. Setakat nk ke bandar tu, boleh lah.. Ni kalau nak gerak ke mana2 tempat yang agak jauh skit, naik pengangkutan awam je la jawabnya.. Pagi2 da keluar, sampai tmpat IV dekat2 pkl 12t/hari. Cuaca pun x brape nak baik, hujan je hari tu.. Sampai UiTM, berjalan kaki pulak nak masuk ke tempat IV. Agak jauh la jugak..
Betullah cakap Pn. Shahrom (my lecture @ KMPP), “Kalau sudah ditakdirkan rezeki itu milik awak, ia takkan ke mana. Cuma cepat atau lambat sahaja. Senang atau susah untuk mendapatnya”. ALHAMDULILLAH, SYUKRAN YA ALLAH..
p/s: KMPP – Kolej Matrukulasi Pulau Pinang, ade saper2 ex-KMPP?? Salam Perkenalan..
p/ss: Doakan semoga saya berjaya ye..
Saturday, August 14, 2010
GAMBAR PERTAMA..
Friday, June 18, 2010
FREE ADVERTISING??!
18-Jun-10 @16:51:25
RM0.00 Tambat hati yang tersayang dengan kata2 yang romantik dengan Madah Cinta. Pastinya menyentuh sanubari si dia.Hantar ON MC ke 28444.
Sender: 28444
Hmmm.. selalu le jugak aku dapat mesej2 macam ni, biasanya aku delete je.. Tapi kali ni, aku share je kat sini. Maklum la, sekarang kan dah ada blog. Still baru lagi nak bernafas dalam dunia blogging nie. Paling koman pun, sekali sebulan je entry aku mesti ada. Diorang ni silap target la hantar mesej2 cenggini kat aku.. Aku ni still single mingle lagi, geng Cik Bun Bun la katakan,hehe..
So, pada sape2 yang perlukan kata2 yang romantik dengan Madah Cinta, dan pastinya menyentuh sanubari si dia. Sila tekan MENU pada henset anda, pilih MESSAGES, pilih CREATE MESSAGES, dan taip ON MC, the hantar ke 28444.. Hahhaa..sistematik betul aku tolong promotekan no nie..
Thursday, May 20, 2010
PERUTUSAN RATU SEHARI?!
Amacam, okey tak tajuk entry kali nie?? Selalu kita tengok pada kad jemputan, biasanya di tulis 'PERUTUSAN RAJA SEHARI' kan?? betul tak saya cakap?? Contohnya macam kad jemputan yang saya terima kat bawah ni.. Tapi yang ni, takde kaitan pun dengan 'PERUTUSAN RAJA SEHARI' ataupun pengumuman bahawa saya akan berkahwin pada dot..dot.. (Yup, saya mahu kawen, sape yang tak nak. Kan? kan?..hehe,gatal..) Tapi belum, belum sampai masanya lagi.. Oleh kerana lambat lagi saya akan berkahwin, maka jadilah saya sebagai RATU SEHARI terlebih dahulu pada kali ini sebelum menjadi RAJA SEHARI pada lain masa.. Tujuannya adalah untuk meluahkan isi hati ke-OVER-an (over ke??Biasalah, orang mahu kawen, sape tak eksited..kan??) seorang kenalan yang bakal berkahwin pada bulan JUN nanti, tapi bukan SUE yang di bawah yer.. YE, beliau yang di maksudkan itu agak excited.. tapi saya sedikit terkilan & terasa (haha, tak pepasal je aku nie)..
Persoalannya di sini, KENAPA??
Adakah saya jelous/ cemburu/ iri hati/ dengki?
Adakah saya tidak gembira dengan berita gembira bahawa beliau akan menamatkan zaman bujangnya?
Adakah begitu, adakah begini, adakah itu, adakah ini.. bermacam-macam lagi alasan?..bla..bla..bla..
OH TIDAK sama sekali, saya sangat gembira dan bersyukur kerana beliau akan membina masjid dan meneruskan legasi teman seperjuangan yang akan melayari bahtera alam perkahwinan.. (haha, ayat tak bley blah kan ;) ALHAMDULILLAH, seru beliau sudah sampai.. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya.
Sebenarnya saya hanya ingin berkongsi pandangan/luahan tentang isi kandungan pada undangan/jemputan beliau sebagaimana seperti kalian boleh lihat di bawah ini. Yup, beliau mengaplikasikan teknologi untuk menjemput kenalannya.. Rasanya tak perlulah saya bagitau aplikasi apa, semua orang tahu tentang laman sosial tersebut. Betul tK?? Sebagaimana undangan di bawah:
Semuanya okey, tiada masalah.. Lebih2 lagi yang saya right-kan tue, rancang perbelanjaan dan perjalanan.. Yang sebut2 tentang hadiah tue, x sesuai saya rasa. Perlu kah kita mention pada tetamu yang x dapat hadir supaya poskan hadiah?? Yang besarrrr punyee sebagai pengganti diri, bak kata beliau la, bukan saya yang kate,hehe.. Mungkin beliau bergurau je sebenarnya, sebab ada <hahahahaha> kat situ sebagaimana di atas.. Tapi saya nak bagi juga la, saya punya pandangan. Rasanya tak perlulah nak mention pasal gift ni. Gift ni sebenarnya terpulang la pada tetamu, samaada diorang nak bawa atau tak. Dan ingatlah tujuan sebenarnya sesebuah walimah itu diadakan, iaitu untuk menghebahkan kepada kenalan akan status baru anda sebagai suami isteri bagi mengelakkan fitnah daripada berlaku (Betulkan saya kalau silap). Selain itu juga, kita ingin meraikan majlis kita bersama sahabat handai, rakan taulan dan saudara-mara bagi memeriahkan majlis tersebut.
Ini hanyalah pandangan/luahan saya, tuan punya body jangan la terasa nyer..huhu.. Maaf di pinta kalau terasa, dan jangan di simpan di dalam hati. Apepun, "SELAMAT PENGANTIN BARU" buat sue&shay, dan semua teman dan kenalan yang bakal melangsungkan majlisnya pada cuti sekolah nanti ye.. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..
Sekian sahaja perkongsian kali ini, semoga berjumpa lagi di lain waktu.
Tuesday, April 27, 2010
NEWBIE - WELCOME and HAPPY BIRTHDAY
Firstly..
WELCOME aka SELAMAT DATANG aku ucapkan kat MySelf aka MISS EYNI (ME) ke dunia blogging..hehe ;)
Sebenarnya dah lama nak berblogging nie, skrg baru berkesempatan,hehe.. (alasan je tue ;) Banyak juga la pengaruh yang membuatkan ME nk berblogging sama nie, ape ye?? Hmm..next time je la ME citer..
Finally, ME da create acc gmail n blogspot.. then choose to publish ME nyer 1st entry today@27 April 2010 b'coz....
today
it's
MY BIRTHDAY
Secondly.. (ader ker??)
dis blog. "Eye's of Eyni" (at dis time, next time mybe ada perubahan kot??) is as the birthday present to ME.
NOTA KAKI:
1. hopefully dpt la berblogging spt mereka2 (sape erk??) juga.. doakan ME ye..
2. ME klu online, slalu je blogwalking kesana kesini.. skrg nie kna stop skjp, nk prepare utk IV. Next week me ad IV, doakan ME berjaya ye.. seperti kawan2 yang laen juga.. INSYAALAH..
